Search This Blog

Saturday, May 21, 2011

Penghantaran tentera Malaysia ke Bahrain?Adakah satu percaturan yang bijak?

Baru-baru ini aku ada terbaca satu berita di surat khabar tempatan yang menimbulkan seribu satu persoalan dalam kepala aku.Satu kenyataan diucap sendiri oleh Dato' Seri Najib Razak seperti berikut

 “Malaysia menyokong penuh semua keputusan berdaulat yang diambil oleh Arab Saudi dan negara-negara anggota GCC untuk memelihara kestabilan serta keselamatan wilayah ini dalam tempoh yang mencabar ini,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri di sini, malam kelmarin.

Malah Perdana Menteri turut mengumumkan kesediaan menghantar pasukan pengaman ke Bahrain. 
“Mengambil kira hakikat ini, Malaysia mengumumkan bersedia menghantar pasukan pengaman ke Bahrain jika diminta berbuat demikian oleh kepemimpinan Bahrain,” katanya. 



Pengumuman ini dibuat setelah beliau menghadap Raja Arab Saudi iaitu Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud sempena lawatan kerja beliau di Arab Saudi.Aku membaca sekali lagi dan pastikan sekali lagi.Berita ini betul-betul mengejutkan aku.Mengapa?.Kemudian aku terus buka Goggle mencari laman web yang dah lama aku tidak buka iaitu AhlulBayt News Agency (ABNA).Tidak dapat.Aku masih lagi mencuba tapi tidak dapat.Lalu aku pun cuba cari di Yahoo masih lagi tidak dapat dan terus mencuba dengan menggunakan pula Mozillafox dan Internetexplorer.Keputusannya tetap sama masih tidak dapat.Lalu tidak sengaja aku terbaca komen-komen blogger tentang kerajaan menyekat laman web ABNA.Nampaknya apa didakwa dalam blog itu betul sebab aku dah cuba berulang kali cuba membuka laman web itu tapi tetap gagal.Apa kaitan penghantaran tentera Malaysia ke Bahrain dan laman web ABNA?

AhlulBayt News Agency (ABNA)
ABNA merupakan agensi berita yang berpangkalan di Iran. ABNA aktif menyiarkan berita tentang isu-isu semasa di negara teluk terutamanya tentang puak Syiah yang merupakan mazhab majoriti di Iran.Aku suka membaca berita ABNA sebab ada beberapa berita disiarkan ABNA tidak boleh didapati dan berlainan berbanding agensi berita lain sama ada agensi berita Arab,Malaysia apatah lagi barat yang sememangnya kita tahu begitu pakar dalam memutar belit kebenaran.Antara isu yang yang paling hangat diperjuangkan ABNA ketika ini ialah krisis kebangkitan rakyat di Bahrain.


Kebangkitan Rakyat  di Bahrain
Seperti kita sedia maklum pada tahun ini ramai rakyat Afrika Utara dan negara Arab seperti Tunisia,Mesir,Yemen,Bahrain dan paling popular Libya bangkit menentang pemerintahan kuku besi pemerintah mereka.Jika situasi di Libya rakyat yang mahukan demokrasi bangkit menentang Muammar Gaddafi sambil dibantu Amerika dan Nato.Lain pula keadaannya di Bahrain.Rakyat Bah
rain yang bangkit menentang Raja Bahrain iaitu  Raja Hamad Al Khalifa ditentang habis-habisan oleh kerajaan Bahrain yang dibantu oleh  Gulf Cooperation Council (GCC) yang diketuai oleh Arab Saudi dan disertai negara arab lain seperti Qatar dan Kuwait.ABNA melaporkan ramai rakyat Bahrain yang memberontak dibunuh dan diseksa  oleh tentera GCC terutamanya oleh tentera Arab Saudi.Selain itu,ABNA juga melaporkan ada mayat rakyat Bahrain yang dibunuh dipulangakan ke pangkuan keluarga tanpa organ dan banyak kesan seksaan di tubuh mayat.ABNA juga pernah menyiarkan bagaimana rakyat Bahrain dibunuh tentera Arab Saudi dengan dilanggar oleh dengan kenderaaan pancuan empat roda berulang kali.Selain itu, Arab Saudi serta Bahrain juga sememangnya terkenal sebagai sekutu  kuat samseng dunia iaitu Amerika Syarikat.Pangkalan tentera Amerika di teluk juga terletak di Bahrain.Operasi ketenteraan GCC di Bahrain dikatakan merupakan arahan Amerika bagi menjaga kepentingannya.Selain itu,  ABNA juga melaporkan bahawa bantuan Arab Saudi membantu Raja Bahrain juga lebih bermotifkan perbezaan mazhab dan cuba mempertahankan monarki.Jika kita lihat secara halus Raja Bahrain iaitu Raja Hamad yang dibantu Raja Arab Saudi Raja Abdullah bermazhab wahabi dan kebanyakkan Rakyat Bahrain yang dibunuh adalah mazhab Syiah dan Sunni.


Persoalan
Mengapa kerajaan Malaysia meyekat laman web ABNA?Adakah sekatan laman web ABNA dan rancangan pengahantaran ke Bahrain mempunyai kaitan?Adakah disebabkan hubungan baik kita dengan Arab Saudi?Adakah rancangan penghantaran tentera ke Bahrain suatu tindakan yang bijak?Mungkin tindakan kerajaan menyekat ABNA sebab agensi berita itu berteraskan Syiah.Seperti kita sedia maklum negara kita mengamalkan mazhab Sunnal Wal Jamaah dan mazhab lain dilarang disebarkan di negara ini.Selain itu, kredibiliti ABNA juga boleh dipertikaikan kerana agensi berita ini lebih berpihak kepada puak Syiah.Namun begitu alasan ini sukar diterima kerana jika kerajaan mahu menyekat laman web yang boleh memberi kesan buruk kepada negara mengapa tidak menyekat laman web lucah?Selain itu pandangan dari mereka juga tidak patut disekat.Kita sekarang hidup dalam dunia globalisasi.Sikap siapa salah dan siapa betul sudah lapuk ketinggalan zaman.Semua pandangan dan sumber berita berita perlu kita terima secara positif dan membuat kesimpulan degan menilai sesuatu sumber yang kita perolehi.Lagipun situasi sekarang ini banyak sumber berita sukar dipercayai terutamanya dari barat yang suka memanipulasi sesuatu berita.Oleh itu,ABNA merupakan salah satu alternatif untuk mengetahui keadaan sebenar di negara teluk. Perancangan menghantar tentera ke Bahrain juga dilihat kurang bijak kerana sekiranya kita menyertai GCC pastinya kita akan dikecam puak Syiah dan imej negara juga akan terjejas.Kita ambil contoh penyertaan tentera Qatar dan Kuwait dalam konflik Bahrain ini.Ramai orang mengkritik terutamanya puak Syiah dan ada yang menggelar GCC samseng dan pembunuh.Negara Iran juga tidak senang dengan kehadiran tentera  GCC di Bahrain dan menganggap mereka campur tangan dalam proses demokrasi.Imej GCC di Bahrain sudah pun terjejas dan adakah negara kita Malaysia akan  mengikuti jejak mereka?Jangan hanya disebabkan perhubungan negara kita dengan Arab Saudi imej negara terjejas.


Kesimpulan
Mungkin apa yang aku tulis ini hanya pandangan peribadi aku sahaja.Setiap langkah diambil kerajaan selalunya mempunyai tujuan tertentu yang mungkin kita tidak ketahui.Aku bukanlah anti kerajaan mahupun pro pembangkang.Aku seorang yang agak terbuka dan menyokong kebenaran dan sentiasa positif dalam sesuatu perkara.Diharapkan segala persoalan bakal terjawab dalam masa terdekat.Penulisan aku ini lebih kepada perkongsian pendapat.Mungkin anda yang lain mempunyai pandangan yang lebih baik mengenai isu ini yang boleh dikongsi.